Sunday, February 6, 2022

Sardin Masak Kari

 Bekal untuk Suami


Sardin Masak Kari 

Saya memulakan tahun 2022 dengan berusaha memasak bekal untuk suami dan anak-anak. Sebelum ini sarapan suami dan anak-anak yang mudah-mudah sahaja seperti roti bakar, nugget dan sosej goreng. Anak-anak suka jenis makanan begitu tetapi tidak pada suami. Sesekali sahaja dia menjamah makanan sebelum ke tempat kerja. Saya pula berfikiran tidak mengapa suami tidak bersarapang mungkin dia lebih suka makan dengan rakan sepejabat.

Suatu hari entah angin ribut puting beliung mana yang melanda saya, saya memasak lauk pauk di waktu pagi. Bukan setakat lauk pauk sahaja, malah saya berjaya menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak juga. Ketika melihat makanan terhidang, suami bertanya boleh ke dia bawa bekal ke pejabat? Suami nampak gembira, apalagi dengan saya. Bangga sekejap. Selama ini sangkaan saya bahawa suami tidak suka bawa bekal meleset. Suami juga beritahu, kerja tidak menentu banyaknya, bila ada bekal mudah. Hendak turun ke kafe ambil masa katanya.

Kari Sardin ini merupakan salah satu lauk kegemaran suami. Saya masak kari tidak menggunakan santan. InsyaAllah sedap juga walau tiada santan.

Saya letak resepi bagi yang hendak mencuba. Suka saya mengingatkan saya memasak tiada sukatan, tidak reti hendak menyukat ikut gram. Biasanya saya guna sudu makan. Semoga berjaya ye..

Bahan-bahan:

Sardin 1 tin (tak kisah jenama apa)

Bawang besar 1 ulas (guna semua)

Daun Kari (2 tangkai)

Kulit kayu manis (sebatang)

Halba (secuit)

Daun salam (1 atau 2 helai)

Biji sawi (1 sudu)

Kas-kas (1 sudu kfc)

Rempah Kari (2 atau 3 sudu)

Cili mesin (2 atau 3 sudu)

Serbuk Jintan Manis (1 sudu kfc)

Serbuk Jintan Putih (1 sudu kfc)

Serbuk Ketumbar (2 sudu kfc)

Belacan secuit

Air asam jawa atau air perahan limau sambal

Cara Masak :

Panaskan minyak dalam 3 sudu, saya suka masak dalam kuali. Terpulang kepada pembaca ye.

Masukkan halba, biji sawi, bawang besar yang telah dimayang, daun kari dan kulit kayu manis. Tumiskan.

Bawang sudah kekuningan, masukkan sos sardin dalam tin tu dan sedikit air. Masukkan cili mesin dan rempah kari, masukkan air dan kacau hingga terbit minyak. Jangan lupa daun salam. 

Setelah itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan belacan. Kacau sambil tambah-tambah air asam jawa yang telah diramas dan ditapis supaya biji asam tidak masuk dalam kuah. Jika menggunakan perahan air limau sambal airnya jangan dimasukkan dahulu, air perahan limau dimasukkan akhir sekali, jika tidak nanti rasanya akan jadi pahit.

Rasakan masam dan tambah garam. Biasanya apabila saya menggunakan makanan dalam tin saya tambah garam sikit sahaja.

Setelah kuah mendidih, masukkan sardin dalam tin dan tambah air jika perlu supaya tidak pekat. Tunggu hingga mendidih sekali lagi dan sudah siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas. 


Selamat mencubaa!

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tahniah. memang best sbnrnya bawa bekal ni. macam saaya pun suami bawa bekal memang hari-hari bekal tu makanan berat nasi dan lauk pauk. begitu dari tahun sejak kawen dulu. hhehehe. tapi ada juga mood hari yang taknak bawa bekal akan bagitau malam tu awal.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Besar pahala isteri menyediakan bekalan untuk suami. Terima kasih atas perkongsian resepi yg sedap. Insyaallah sy cuba. Halalkan sy mencuba resepi puan ye.

    ReplyDelete

Sedekah

  Catatan Pengalaman Sedekah Mententeramkan Jiwa      Setahun yang lepas, saya melayani perasaan sedih menghadapi perkara sukar yang saya ha...