Wednesday, February 2, 2022

Kisah CINTA


Allah Maha Pengasih Maha Pemurah. 

    Ketika saya menjaga arwah mak dan setiap kali saya melihat wajah emak yang menahan kesakitan hati kecil saya akan berkata, tidak mahu lah aku kawin. Nanti kena ikut kata suami, susah aku hendak jaga mak.

    Sejak itu, saya membiarkan angin cinta yang berbisik, datang dan pergi dibiarkan sahaja berlalu kerana saya tahu sapaan itu tidak perlu berjawab. Ketika itu apa yang ada di fikiran ialah pergi dan balik kerja, waktu petang, hujung minggu saya berada di rumah bersama dengan mak. 

Akhirnya mak pergi juga. Tanggal 16 Februari 2004. Al-Fatehah untuk Mak. 

    Saya bukanlah anak yang baik tetapi ketika itu saya cuba untuk membahagiakan hati Mak. Pernah sekali Mak memberi cadangan supaya saya berkahwin segera. Tetapi cadangan itu tidak dimajukan terus kepada saya. Mak menggunakan khidmat ibu saudara yang tinggal di depan rumah. Satu hari, ibu saudara yang dipanggil Mak Teh itu datang bertandang ke rumah untuk berborak. Hari itu, hati ini terasa janggal pula bila Mak Teh datang bertamu, kebiasaanya Mak Teh hanya berbicara melalui tingkap nako rumahnya. Maklumlah rumah dekat, buka tingkap sudah boleh berbual. 
 
    Terasa kekoknya bila Mak yang kebiasaannya akan duduk berborak dengan Mak Teh bangun dari tempat duduk di beranda dan terus menghilangkan diri tidak muncul-muncul. Membiarkan aku dengan Mak Teh, berdua. Banyak yang dibualkan, antaranya tentang anak dara Mak Teh  yang dikatakan telah mempunyai kekasih hati, seorang yang kaya.
 
    Aku sangkakan perjumpaan ini hanya berkisar tentang Rossa iaitu anak perempuan Mak Teh yang akan dilamar oleh pemuda kaya dan tampan seperti yang digambarkan oleh Mak Teh. Oppss.......rupanya aku dapat soalan cepu emas. 

    "Kau bila nak kawin dik?" Soal Mak Teh kepada aku yang dipanggil adik. "Kau tak ada pakwe lagi ke?" Soal Mak Teh bertubi. 

    Belum sempat soalan ketiga keluar dari mulut Mak Teh aku memberi jawapan. "Tak kawin kot" saya balas ringkas. 

    Ketika itu Mak Teh meneruskan penceritaan bab jodoh dan perkahwinan. Katanya, esok-esok bila sudah tua senang, ada anak untuk jaga kita. Tidaklah nanti menyesal, sudah tua baru nak cari jodoh. Ketika itu, aku pandang busu seperti tiada nyawa, mengeletik pun tidak. Sebabnya aku rasa kawin itu sepertinya jauh dan tidak akan berjumpa. Tambahan pula umur ketika itu sudah menginjak ke angka 28. Aku dahulunya dikatakan menarik tetapi hanya pada kata-kata, tiada pula yang memberitahu hendak datang berjumpa keluarga apa lagi menyebut perkataan meminang!

    Satu lagi perasaan yang hadir sewaktu perbualan itu ialah tidak suka@meluat. Jika saya boleh menegur ketika itu, pasti saya akan beritahu kepada Mak Teh janganlah bandingkan saya dengan anak dara busu Mak Teh yang comel itu. Jauh beza saya dengan dia dari segi paras rupa dan jika di lihat pada warna kulit pun orang akan pilih yang putih mulus. Saya tiada dalam senarai itu. Tetapi oleh kerana rasa hormat, saya tidak banyak berbicara selain mendengar dan mengiyakan sahaja.

Ada soalan yang saya rasa saya tidak patut wujud didunia apabila saya mendengar ayat ini. 

Kau nak kalau Mak Teh carikan kau duda....?

Bersambung tau, jangan jemu membaca ye 





    





7 comments:

Sedekah

  Catatan Pengalaman Sedekah Mententeramkan Jiwa      Setahun yang lepas, saya melayani perasaan sedih menghadapi perkara sukar yang saya ha...