Thursday, February 3, 2022

Promo Makcikmanes


Anda suka dengan masakan yang berasaskan ikan bilis?

    Contoh masakan yang ada ikan bilis ialah sambal goreng ikan bilis, sira ikan bilis, ikan bilis tempe dan macam-macam lagi. Jika ditanya soalan itu kepada saya, pasti saya akan jawab saya sangat suka. Setiap kali berbelanja untuk barang keperluan dapur, ikan bilis antara yang wajib saya beli.

    Saya ini boleh dikatakan agak rajin bab hendak mengopek ikan bilis. Jadi setiap kali membeli saya akan beli yang belum dikopek. Ada kawan memberitahu, jika saya membeli yang belum kopek saya rugi kerana berat tahi ikan bilis sahaja sudah berapa gram, bila ditimbang kiranya saya membeli sekali dengan taik ikan bilis yang tidak digunakan. Siapa kata tahi ikan bilis tiada berguna? Nanti saya tulis tentang kegunaan tahi ikan bilis ye.

Mengopek ikan bilis bagi saya itu adalah kepuasan. Aktiviti mengopek ikan bilis ini kebiasaannya saya akan lakukan pada hari hujung minggu atau pada waktu di malam sambil menonton televisyen. Jika saya tidak dapat melelapkan mata pada waktu malam, ikan bilis salah satu sasaran saya. Bila tiba waktu rajin bukan setakat tahi ikan bilis, tulangnya pun saya buang.

Selepas dikopek saya akan rendam ikan bilis tersebut dengan air, pastikan air mencukupi dalam erti kata yang lain semua ikan bilis terendam. Selepas beberapa minit, jangan lama pula ye, saya akan tapis atau toskan ikan bilis tersebut. Saya akan taburkan ikan bilis yang telah siap dicuci dalam dulang dan saya jemur hingga kering. Setelah kering, saya akan menyimpan ikan bilis tersebut di dalam bekas yang kedap udara. Jadinya bila hendak guna, sudah tidak perlu dicuci lagi hanya perlu dicampak sahaja dalam kuali.

Ada yang rasa leceh dengan langkah-langkah yang sy buat tu? Mungkin sebab saya telah biasa jadi bagi saya tiada yang susahnya. Malah memudahkan kerja saya. Ikan bilis yang telah dibasuh dan dijemur itu akan jadi ranggup setelah dimasak. Bukan setakat ranggup, ikan bilis tersebut akan berasa kurang masin. Saya ini sejenis kalau makan ikan bilis tidak ranggup dan masin, memang saya akan kuis letak di tepi pinggan. Sudah tentu membazirkan?

Apabila kita suka dengan sesuatu, sudah tentu kita hendak berkongsi dengan kawan-kawan, Mak Long, Mak Ngah semua, betul tak? Jadi saya menambah kebahagian anda semua dengan menawarkan ikan bilis yang telah dibersihkan dan hanya perlu dimasak sahaja.

Jemputlah singgah di kedai Makcikmanes  https://shp.ee/fuaefnb

No comments:

Post a Comment

Sedekah

  Catatan Pengalaman Sedekah Mententeramkan Jiwa      Setahun yang lepas, saya melayani perasaan sedih menghadapi perkara sukar yang saya ha...